TAZKIRAH HARI INI
Khamis | 30 September 2021 | 8.30am
Tips merawat kaki kering dan kusam
****************************
Oleh Noor Hafiza Ahmad
1) Penggunaan sabun yang betul
Sabun berfungsi membersihkan kulit dari kotoran. Tetapi, sabun juga mempengaruhi kelembapan kulit. Sabun buku cenderung membuatkan kulit menjadi semakin kering dan bersisik terutama pada kaki. Anda disarankan untuk menggunakan sabun berbentuk gel atau cecair.
2) Keringkan kaki selepas mencuci
Anda juga disarankan untuk keringkan kaki menggunakan tuala terlebih dahulu setelah mencucinya. Dari segi pemilihan jenis tuala, adalah digalakkan menggunakan tuala daripada kapas.
3) Menggunakan produk penjagaan kaki yang betul
Anda dinasihatkan menggunakan produk penjagaan kaki yang mengandungi bahan seperti aloevera, ekstrak Ylang Ylang ( bunga kenanga), AHA & BHA untuk merawat kaki kering dan kusam. Kebanyakan orang memakai Losyen “baby” untuk merawat kaki kering. Tapi tahukah anda bahawa ia tidak memberi impak atau kesan kepada kaki anda.
4) Minum air masak atau air mineral yang cukup.
Hal ini kerana, air mampu mengekalkan kelembapan kulit dari dalam. Kuantiti air yang digalakkan ialah minimum 8 gelas sehari. (1 liter air =25kg)
5) Menggunakan kasut yang betul
Penggunaan kasut juga amat dititikberatkan. Pemilihan kasut yang sesuai membantu untuk menjaga kesihatan kaki. Elakkan memakai kasut yang berbentuk tirus di hadapan supaya kaki tidak menjadi terlalu sempit dan sukar untuk bernafas.
#UsrahAssociatesPLt
#ThisisUA_MEGAAgency
#GrowingTogetherWithUs
#UnitedWeStandTogetherWeGrow
#LetsSelawatTogether
#RoadTo5Million