Booth di TNB

Cerita siang tadi. Berbooth di TNB. Alhamdulillah sambutan yang positif.

Walau dah miliki pelan perlindungan dari syarikat, mereka masih mencari perlindungan personal. Sebab semua kemudahan itu wujud selagi mana mereka menjadi staf TNB.

“saya nak cari medical card untuk guna masa pencen nanti”

“hari tu saya kemalangan, nak claim rupanya tak boleh, pampasan kemalangan tu dapat kalo meninggal”

Ramai antara staf TNB ni isterinya surirumah. Kerja di TNB bukannya dalam ofis ngadap komputer. Mostly berisiko tinggi. Perlindungan pampasan kematian pula khas jika meninggal asbab kemalangan. Andaikata meninggal asbab penyakit dan dalam tidur, no pampasan. Nehi kabi nehi.

Bagaimana anak isteri?

Subhanallah, ramai staf yang buka mata. Sedar mereka hibah tu PERLU untuk masa depan anak anak mereka, untuk kelangsungan nafkah kesayangan mereka. Sedar mereka setiap saat mereka berisiko.