Monthly Archives: April 2022

MAJLIS KHATAM AL-QURAN UAPLT | 19 RAM 1443H

Syukur kehadirat Allah, diberi keizinan hari ini berkhatam secara tadarus di pejabat urusan UAPLT.
Keutamaan mengkhatamkan Al-Qur’an ialah para malaikat akan memohonkan ampun untuknya. Setiap muslim yang senantiasa membaca kitab suci ini hingga mengkhatamkannya, maka 60 ribu malaikat akan memohonkan ampun untuknya.
Hal ini sebagaimana dalam salah satu hadits berikut ini, artinya:
“Ketika seorang hamba mengkhatamkan Al-Qur’an, maka di penghujung khatamnya, sebanyak 60 ribu malaikat akan memohonkan ampun untuknya” (HR. ad-Dailami).

Sumber Maklumat

#ThisisUA_MEGAAgency
#UsrahAssociatesPlt
#LetsSelawatTogether
#GrowingTogetherWithUs

10 MALAM TERAKHIR RAMADAN | 20 RAMADAN 1443 H

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya kita semua dikurniakan umur yang panjang sehingga hari ini.
Dan dalam tidak sedar kita semua sudah berada dalam 10 malam terakhir Ramadhan.
Marilah kita sama-sama perbanyakkan amalan dengan bertujuan untuk mendapat keredhaan & keampunan Allah SWT.
Semoga kita semua juga dikurniakan untuk bertemu & mendapat keberkatan malam Lailatul Qadar.
Aamiin ya Rabb!

#UsrahAssociatesPLt
#ThisisUA_MEGAAgency
#GrowingTogetherWithUs
#UnitedWeStandTogetherWeGrow
#LetsSelawatTogether
#RoadTo5M

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN | 17 RAMADAN 1443 H

Firman Allah SWT:
إِنَّآ أَنزَلْنَـٰهُ فِى لَيْلَةٍ مَُبَـٰرَكَةٍ ۚ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ
“ Sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat, (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). ” (Surah ad-Dukhan : 3)

Kami seluruh warga Usrah Associates Plt ingin mengambil kesempatan sempena peristiwa hari Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadan 1443 H ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam.
Marilah kita bersama-sama mengambil peluang ini dengan memperbanyakkan bacaan dan tadabbur Al-Quran untuk dijadikan panduan kepada kehidupan yang diberkati & diredhai oleh Allah SWT.

#UsrahAssociatesPLt
#ThisisUA_MEGAAgency
#GrowingTogetherWithUs
#UnitedWeStandTogetherWeGrow
#LetsSelawatTogether
#RoadTo5M